Monday 3 June 2013

Hati seteguh karang.

Assalamualaikum.
Kenmain aku punya entri.
Mood time aku menulis ni, mood tak menentu, rasa nak marah, rasa nak nangis. Rasa semua.


Hati? Mesti dikaitkan dengan perasaan.
Susah nak objektifkan perasaan ni. Perkara yang sangat subjektif.
Tambah-tambah hati perempuan.
Hatinya lembut, pantang dipanah sikit, layu la dia.
Hati boleh buta kalau takda bantuan dari akal.
Sebab tu la orang yang terlalu ikut kata hati ni, MATI.
Mati dalam dunia dia, hanyut dalam gelora perasaan yang tah apa-apa, akal pun tak dapat nak fikir rasional.

Aku selalu nasihatkan diri,
JADI WANITA KENTAL. Jangan mudah jatuh.
Wanita ni hatinya rapuh, jiwanya sensitif, mudah ja mengalirkan air mata.
Tapi tu semua bukan kelemahan seorang wanita, tetapi kekuatan dalaman yang ada.
Kalau menangis tu dapat meluahkan, melepaskan semua tekanan, kenapa tidak kita memilih untuk menangis kan?

Memang susah nak jadi seperti Saidatina Khadijah.
Teguh hatinya, suci jiwanya, tenang dan kental dalam menghadapi sebarang cabaran hidup.
Bukan tu saja, malah bijaksana untuk menentukan sesuatu perkara.

Kita wanita punya maruah.
Jangan kerana cinta, rosak segalanya.
Cinta tu memang lumrah manusia. Tapi pandai-pandailah kita bawak supaya menjadi cinta yang diredhaiNya.
Guna akal untuk berfikir, bukan hati semata-mata.
Maruah kita, kita yang tentukan hitam putihnya.

Mula-mula aku nak tulis tentang benda lain, aku pun tak faham kenapa yang lain yang aku taip. Hihi
Nak tulis sebab patah hati.
Sebabnya bila orang mintak tolong kita, kita tak pernah cakap "tak".
Tapi bila kita mintak tolong orang, orang cakap "tak", rasa nak meleleh air mata.
Arghhh ini semua dunia.
Jangan pernah berharap bila kita bagi tupperware, orang akan balas dengan makanan.
Belajar redha dan ikhlas, ATIKAH!


Takpa, sayakan Superwoman.
Saya tabah untuk semua-semua ni.
Sekian :)


No comments:

Post a Comment