Thursday 27 June 2013

Is it love?




Love,
Slowly you come into my life,
Deeply you encompass me,



Simply you enchant me,
Fairly you glow me,
Tenderly you call me,



Carefully you select me,
Strongly you hold me,
Nicely you told me that you love me with your true, crazy love,
I wish I could behold you, 
Being my better half in this world and there to come.








Thursday 20 June 2013

Selamat tinggal budak bilik.

Selamat buat untuk batchmates, sekarang untuk roommates.
Baru berpisah berapa jam ja, aku dah rasa kehilangan.
Nangis sebab rindu korang.
Haihhhh, JIWA KENTAL KEKONON. Hahaha.
Meh aku cerita satu persatu sal roommates aku.

Okay, ini Salmah
Budak pertama yang aku sembang kat ump nih
Sebab dapat sebilik, dia mai duk kat katil aku, sembang macam kenal 10 tahun dahh.
Kami mempunyai banyak kebetulan, anak bongsu dari 7 beradik, suka makan coklat, memacam lagi lah.
Dia ni riuh orangnya, kalau tengok fb ka blog or tweet, mesti satgi ada la yang menjerit "crush aku post gambar kat koreaaaaa!" Hahaha.
Dia ni pelik sikit, mood dia sangat unpredictable.
Kejap okay, kejap swing jugak, tapi dah 2 tahun hidup ngan dia
Dah faham sangat dah. :')



Ini pulak ain aisyah.
Paling muslimah antara kami semua.
Ni lah teman hati aku kat ump
Mula-mula dulu tak rapat, tapi dia yang selalu memahami aku,
Teman seperjuangan setiap sem bersama dalam kelas yang sama, teman meniru time quiz, test, hahaha.
Teman dengar aku luah isi hati dan yang pasti, teman seMAKANAN.
Dia punya booster, booster orang Ganu. So, cuti ni dia kena practice cakak ganu! Haha



Ini Farah.
Dia ni kalau bab membahan, memang ketua! Serah kat dia laaaa.
Kalau tengok movie, orang lain relax ja, dia gelak sampai nak runtuh kk4 tuh.
Bab gelak memang dia jugak yang menang.
Pantang jumpak kamera, ada la posingnya.
Sahabat susah senang katanya. (dengan ain sekali)
Booster dia orang kedah, dekat ngan rumah aku. Nanti boleh selalu mai kedah naa.

Ini nurul
Dia ni sangat pendiam (eh?)
Teman dua tahun sebilik. Dia dengan zack, bagai isi dan kuku.
Tak banyak berbicara, lebih banyak mendiamkan diri,
Tapi kalau sekali bersembang........ hehehe
Dia ni penakut sikit, dan paling susah nak tido kat bilik tu
Kalau dia otp ngan fahmi, aku tak paham macam mana fahmi boleh dengar, SLOW GILA SUARA.
Hahaha. Semoga berbahagia ngan Bob!


Ini zack.
Budak paling matang dalam bilik.
Memula masuk ump, aku ingat dia ni sombong gila
Bila dah kenal...dia ni cool gila.
Kalau sembang, mesti matang tahap nalaaa punya. Cewaahh.
Dia ni orang johor. Dedulu awai2 suka pakai anak tudung sampai depan (duk ejek dia smpai sekarang)
Nampak ja macam rock zack ni, bila ada kelawar sesat kat bilik, lari keluar bilik ngan bantal-bantal sekali.
Pastu called aku "weh balikkk, ada kelawar kat bilik." Hahaha. I will remember this moment till end of my life babe!
Punya kekasih hati orang nogori, semoga berbahagia.

Ini Rara.
Dia ni kawan paling cikeding antara kami semua.
Kalau time kena injection apa-apa, risau gila tengok dia kena inject, sebab tulang sangat!
Dia ni kembar ngan Ali, dopuluhempat jam bersama
Kalau hilang tu, mesti ke library lettew ngan Ali.
Dia kawan yang cuba menyenangkan hati kawan yang lain, walaupun dia ni selalu bawak hal dia sendiri ja.
Semoga kau bahagia dengan Ali.

Ini shra.
Dia ni memang merapu gila orangnya
Tapi bila dia serius, aku pun takut nak tegur.
Dia ni aku syak paling awal nak kawen. Hihihi.
Dia ni kalau bab makan, tak cukup dengan Nasi Goreng Cina, order burger lagi.
Tu la shra, kuat makan, tapi tak gemuk-gemuk pun. (Stress aku tengok)
Semoga kau bahagia dengan Wan.

Okay dah selesai cerita sal roommates.

Dear roommates,
Walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat.
Kalau aku ada buat silap, sorry weh.
Biasalah salah sikit-sikit tu kan
Halalkan apa yang terlebih dan terkurang
Aku akan rindu masa kita berPillow Talk bersama, makan atas tikar kat tengah-tengah bilik bersama, pegi berjalan-jalan sesama, gelak tak hingat dunia sesama, semua laaahhhh.
Banyaknya memori yang tercipta antara kita.
InshaaAllah semua aku simpan rapat-rapat dalam hati.
Aku sayang korang sangat. sangat.
Aku sentiasa doakan korang berjaya dalam hidup korang.
Mungkin lepas ni susah nak jumpa, tapi ingat, DOA tetap bersama kalian.
(Tulis dalam keadaan menangis *lap air mata*)






Bilik yang dihuni 8 insan terpilih ini, kini kosong. :(

Selamat tinggal semua.
Take care!
InshaaAllah ada masa, umur yang panjang, kita jumpa lagi.

Wednesday 19 June 2013

Sayonara UMP.

Dua tahun 19 hari.
Tamat sesi pengajian diploma kat ump,
Lepas ni nak kena hadapi dunia luar, internship.
Ni aku coret khas buat kalian,



Buat sahabat diploma kejuruteraan kimia 2011/12 UMP,
Ingat, walaupun kita tak berpisah jasad, hati, jiwa kita tak pernah terpisah.
Kalaupun kita punya lain cita-cita, bila dah berjaya, jangan lupa kongsi bersama.
Dua tahun tu walaupun nampak macam singkat, tapi macam2 kenangan kita coret bersama-sama
Suka dan duka
Adakala kita bergaduh, biasa la tuh, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita yang reramai ni.
Mula-mula aku ingat kalian ni sombong-sombong, sebab tu aku just kawan dengan sesetengah orang ja,
Bila dah dekat akhir-akhir semester, baru aku start rapat dengan semua
Korang memang awesome.
Korang kawan yang ada masa boleh bergurau senda, ada masa study bagai nak gila.
Bukan mudah nak jihad dalam menuntut ilmu, pelbagai cabaran, liku-liku dugaan.
Tapi kita semua berjaya harungi dalam tempoh dua tahun ni.

Ingat,
Walaupun kita berbeza negeri, latar belakang,
kalau mai alor star tu, Hoi hoi la aku, inshaaAllah boleh lepak sesama.
Yang lain pun.
Kalau ada yang nak kawen ke apa ke, jangan lupa jemput.
Yang pasti, bila dah masing-masing berjaya, jangan pernah lupa yang kita pernah di bawah bumbung yang sama,
Belajar dari pendidik di institusi yang sama.

Aku sentiasa doakan kejayaan kalian.
Semoga kita semua berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi.
Andai ada aku terlebih dalam berceloteh, terover dalam bergurau, terhutang mana-mana orang,
Mohon halalkan semua, maafkan segalanya.

Kita chemical engineering student kottt, AWESOME! :)
Gonna miss this ukhwah so much.
Percayalah, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Kenapa ada perpisahan?
Sebab perpisahan ni lah sebenarnya yang menguatkan lagi rasa cinta dan rindu sesama kita. InshaaALLAH.

Sayonara UMP :'(


Ini roommates, coursemates, batchmates and soulmates. Hahah.
Kemana-mana berlima. Macam kembar lain bapak.
Bye semua.
Assalamualaikum :)

Friday 14 June 2013

You're my Superman.

Assalamualaikum
Laju je guwa nak update blog pasal Man of Steel ni haaa.
Tadi guwa pegi tengok cerita MAN OF STEEL dengan Salmah, abg salmah & Am.
Excited sebab dapat p tengok cerita Superman favorite.
Maklumlaaaaa kipas susah mati Superman kan!


Cerita ni memang guwa bagi 5 star!
Super duper awesome!
Nak tengok lagi kalau ada masa.

Okay ni ja guwa nak cakap!

Ada lagi,
Ni haaaa, guwa dah jatuh cinta dengan Henry cavill ni
Mohon jangan sesiapa rampas dia dari guwa.


Ni kekasih guwa.
Tiap hari nak tenung muka dia sampai penat. Hahaha.
Okay ni angan melampau.


You're my superman.
I wish i could find someone that will protect me like what you've done, Superman.
Love me like you treat your lover and family.


I wanna be Woman of steel one dayyyy. Hohoho.
Besau hajat eden.

Kbai.

Wednesday 12 June 2013

Lakaran kehidupan

Assalamualaikum.
Fuuhh fuhhh, sebelum nak baca entri kali ni,
MOHON TARIK NASFAS DALAM-DALAM.
Hihihi, bukan apa pun, lama guwa tak berpuitis macam ni,
Takut hampa semua muntah hijau je. :)



Guwa kekonon insan yang berlagak kental, tapi hati sebenarnya lembut gila baq hang.
Guwa insan yang sering terkandas dalam lubuk perasaan yang guwa sendiri tak pasti mana terselit keindahnya.
Allah bagi kita jiwa, hati dan perasaan,
Allah nak uji jiwa kita, nak uji kekentalkan hati kita,
Tak cukup Allah bagi hati kat kita sensorang, Allah utuskan juga orang yang mempunyai hati dan perasaan nih untuk berdamping dengan kita,
Semua tu sebab Allah nak uji kelemahan dan kekuatan hati kita,
Tatkala kita rasa hati kita sudah kental melawan arus fitrah yang sedia ada,
Sebenarnya kita pun tenggelam dengan kancah perasaan yang kita sendiri tak pasti mana pucuk pangkalnya,
Semua ini adalah suratan yang kita pilih dan takdir Allah,
Belajar kenal erti redha!


Kerana Allah takdirkan bukan untuk kita mengenal semata-mata,
Tapi untuk kita lakarkan dalam kamus jiwa kita,
Lakaran sepanjang perkenalan kita,
Coret ilmu yang pernah ditaburkan, dikongsi, dididik bersama,
Lakaran ini ibarat pelangi yang mempunyai 7 warna,


Kerana sifat pelangi ini mempunyai warna yang berbeza-beza,
Begitu juga dengan kehadiran peneman jiwa yang mempunya rasa dan warna yang berbeza,
Tetapi anak muda,
Bila kita terlalu bermain soal jiwa, kita tertinggal satu fasa yang dibiarkan sepi tanpa suara,
Restu Allah, serta ibu bapa,
Sebabnya,
Kita manusia biasa, yang lemah serba serbinya
Kita manusia biasa yang acapakali terlupa pelbagai perkara ketika bahagia
Kita manusia biasa yang masih dahagakan ilmu, nasihat, dan didikan.

Buat sahabat,
Nasihatlah aku,
Walaupun kekadang aku persis buat tak endah, tapi disudut hati, semua aku pandang dengan pandangan yang membimbing,
Inilah kelemahan agung manusia, EGO.
Aku tak mahu menjadi manusia yang mudah jatuh
Jatuh dalam kancah masalah yang tak tahu mana jalan penyelesaian
Jatuh dalam gelombang arus jiwa perasaan yang berombak

HATI
Kadang-kadang kau penawar,
Tapi kau juga kadang-kadang boleh jadi racun.

Lakaran kehidupan
Adatlah, setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Kalau kita berani mengambil risiko mengenali seseorang,
Berani jugaklah jiwa kental ni untuk berpisah dengan seseorang.
Semua orang benci perpisahan,
Tapi itu hakikat yang harus kita terima.
Perpisahan tu ada. -_-

Sekian. :)

p/s : Terkenangkan zaman masuk UMP mula-mula dulu, selamat berpisah GENG! :(

Monday 3 June 2013

Hati seteguh karang.

Assalamualaikum.
Kenmain aku punya entri.
Mood time aku menulis ni, mood tak menentu, rasa nak marah, rasa nak nangis. Rasa semua.


Hati? Mesti dikaitkan dengan perasaan.
Susah nak objektifkan perasaan ni. Perkara yang sangat subjektif.
Tambah-tambah hati perempuan.
Hatinya lembut, pantang dipanah sikit, layu la dia.
Hati boleh buta kalau takda bantuan dari akal.
Sebab tu la orang yang terlalu ikut kata hati ni, MATI.
Mati dalam dunia dia, hanyut dalam gelora perasaan yang tah apa-apa, akal pun tak dapat nak fikir rasional.

Aku selalu nasihatkan diri,
JADI WANITA KENTAL. Jangan mudah jatuh.
Wanita ni hatinya rapuh, jiwanya sensitif, mudah ja mengalirkan air mata.
Tapi tu semua bukan kelemahan seorang wanita, tetapi kekuatan dalaman yang ada.
Kalau menangis tu dapat meluahkan, melepaskan semua tekanan, kenapa tidak kita memilih untuk menangis kan?

Memang susah nak jadi seperti Saidatina Khadijah.
Teguh hatinya, suci jiwanya, tenang dan kental dalam menghadapi sebarang cabaran hidup.
Bukan tu saja, malah bijaksana untuk menentukan sesuatu perkara.

Kita wanita punya maruah.
Jangan kerana cinta, rosak segalanya.
Cinta tu memang lumrah manusia. Tapi pandai-pandailah kita bawak supaya menjadi cinta yang diredhaiNya.
Guna akal untuk berfikir, bukan hati semata-mata.
Maruah kita, kita yang tentukan hitam putihnya.

Mula-mula aku nak tulis tentang benda lain, aku pun tak faham kenapa yang lain yang aku taip. Hihi
Nak tulis sebab patah hati.
Sebabnya bila orang mintak tolong kita, kita tak pernah cakap "tak".
Tapi bila kita mintak tolong orang, orang cakap "tak", rasa nak meleleh air mata.
Arghhh ini semua dunia.
Jangan pernah berharap bila kita bagi tupperware, orang akan balas dengan makanan.
Belajar redha dan ikhlas, ATIKAH!


Takpa, sayakan Superwoman.
Saya tabah untuk semua-semua ni.
Sekian :)


Wednesday 29 May 2013

Abah bagi greenlight.

Assalamualaikum uollss.

Tanggal 29 Mei 2013, pukul 4.19 petang, maka tamatlah sesi kuliah aku untuk pengajian dua tahun diploma ni.
Boleh say bye-bye dah kat diploma, but but but tak habis lagi.
Kena praktikal 6 bulan pulak lepas ni.
Okay berbalik pada entri kat atas tu.
ABAH BAGI GREENLIGHT.

Woooo. For the first time in my life, i had a serious, errmmm not really serious la, conversations with my dad regarding MARRIAGE.
First time abah boleh gelak-gelak cerita sal ni.
Mulanya macam ni, ain duk on the phone ngan booster dia.
Pastu aku ngan salmah ni bising-bising duk cakap "Untunglaaa ada booster call malam-malam, kami mak ayah je selalu call-call ni".
Panjang umur abah, abah call.
Sembang sal perancangan habis internship ni, nak buat apa, bagaimana, kenapa, bila, semua laa.

Mak abah yang selalu gigih sal adik.
Sayang mak abah ketat-ketat :)

Pastu nak dilanjutkan cerita lagi, abah duk buat ayat sedih.

Ingat senang ke abah nak cakap sal kawen ni?
Kalau saja-saja, memang tak laaaa.
I didnt expect that abah nak cakap sal hal ni.

Ni antara conversation kami anak beranak lepas yang atas ni.
Abah : dah ada calon ka nak bawak balik nanti?
Me: Takdak lagi. Abah carikan boleh?
Abah : Nooo. Masa depan adik. Adik tentukan. Bawak balik, kita duduk bincang.
Me: HAHAHAHAHA. Tunggu la nanti adik bawak balik. Kena start cari la kalau camni.
Abah : Ermmm, kalau abah cari, amik hat belakang rumah ja la. Dekat.
Me : Dia dah ada awek laaaa. Reject!
Abah :Laaa, takdapat besan ngan kak ti.
Me : Takpa la abah, adik cari la nanti. Pastu bawak balik. Sabaq naaa.
Abah : Laju jaaa adik bab ni haaa. Jangan bawak balik orang asli dah la. Hihih



Abah, lawak la abah malam ni.
Walaupun lawak-lawak, adik faham apa yang tersirat.
Abah dari dulu lagi nak sangat tengok anak abah ni berjaya, jadi enginner, ada keluarga bahagia.
Besar harapan abah tu.
Abah teringin nak tengok bakal suami, anak-anak adik nanti, tapi abah takut tak sempat kan?
Abah selalu cakap sal umur, tak sempat tgk adik itu ini.
Jangan la macam ni, in shaa ALLAH, Allah panjangkan umur mak abah.
Sempat tengok adik berjaya, dapat balas jasa mak abah yang tak ternilai.

Okay, dah teruja sangat sampai gigih update blog pasai benda ni.
Abah mak selalu cakap "Selalunya kita akan ikut perangai dan nasib macam orang yang letak nama kita."
Then depa akan cakap "Ngah yang letak nama adik. Ngah kawen lepas pencen. So, adik paham-paham la adik kawen bila." Wuaaaaa.
Harus guwa selalu doa cepat dapat jodoh. (Kau ingat kawen macam main pondok-pondok??)
Apa-pun, adik harap abah mak doakan adik berjaya dalam hidup, jadi anak yang solehah, kenang jasa semua orang yang selama ni duk tolong adik, bertemu jodoh yang soleh.


Sayang mak abah. Sangat.
Jangan tinggalkan adik. :')

Sekian.


Thursday 23 May 2013

Perjalanan pengajian Bahagian Satu.

Assalamualaikum.
Post kali ni aku nak cerita tentang perjalanan pengajian aku di UMP.

Mula-mula aku check UPU tu, aku dapat UMP.
"WHAT??? UMP?? Kat mana tu? Awat tak penah dengaq langsung pun?"
Buat istikarah nak masuk UMP ke nak masuk Matriks.
Allah bukakan pintu hati ni melonjak-lonjak nak masuk UMP.
Ni haaaa, banyak hikmahNya. Syukur.

Awal-awal masuk UMP dulu,
AKU KURUS. Yaaaa, sangat keding.
Aku dapat duk kelas K06.
1st day masuk kelas, excited ja nak kenal semua orang.
Masa tu tak pandai lagi nak cari booster-booster cinta ni. NOOBS! Hahaha.
Kekonon nak duk kelas k06 riang ni sampai habis diploma.
SAHABAT SELAMANYA kotttt.
Tapi, ada jugak yang berpecah akhirnya. (Lelaki la tapiii, perempuan semua still united okayy)



Orang yang aku rapat time sem 0 ni, roommates (Salmah, Nurul, Zack), pastu syakirah ngan didi.
Mula menjinakkan diri dalam arena debat sikit-sikit.
JELAS keTAKMATANGAN disitu 




Perjalanan sem satu sangat indah okayyy.
Belajar seminggu tu ada la dalam tiga kelas je!
Senang-senang je dapat keputusan yang begitu sangat paling cemerlang.

Sem tu je la cemerlang, sem selepas-selepas tu, habis hancur lebur. Hihihi.

Masuk zaman tahun 1 dan seterus-seterusnya.
Zaman stress study, zaman penat lelah, zaman perah otak, zaman suka ria semakin hari semakin meninggalkan diri ni.
Zaman ini mematangkan diri.
Kenal erti persahabatan, erti pengorbanan, erti kesabaran.

Keluarga debat.

Keseluruhan keluarga debat

Ini adalah kebetulan.
Siapa sangka, kawan yang kita main gurau-gurau sana sini, jadi roomates  semasa tahun dua.
Percaturan Allah sangat indah. 




Dalam meneliti arus di ump ni.
Aku kenal beberapa insan yang paling dekat dengan jiwa aku.

Ini insan paling aku sayang kat UMP ni.
Tiada galang ganti, memang kenal baru 2 tahun, tapi rasa macam 10 tahun.
Buat kakak-kakak yang lain, bukan tak sayang, sayang sangat korang, tapi kak aida ni yang paling rapat.
Paling dekat kat hati.
Apa-apa masalah, orang first yang aku cari, mesti dia.
Dia ada untuk bagi nasihat, bagi semangat, kadang-kadang marah pun pernah.
Menangis dia ni kalau aku cakap aku nak pindah Universiti.
Kasih-sayang b***k kepada rakannnya memang tak ternilai.
Dia tau setiap satu rahsia aku. Memang taleh nak rahsia ngan dia ni.

Ini kita panggil bulatan persahabatan.
Kami mula mengenali diri memasing
Mula faham dengan diri memasing.
Walaupun kadang-kadang ada ja yang menyakitkan hati, tapi kami masih teguh bersama.
Indahkan persahabatan kami?

Abah pesan "jaga persahabatan, jangan bergaduh".
Allahu, indahnya dunia bila kenal kalian.
Kalian diutuskan oleh Allah untuk menjadi sahabat, keluarga, teman yang terindah.
Ingat, walau jauh mana pun kita lepas ni, jangan pernah lost contact.
Jangan pernah lupa yang kita ni SAHABAT.
Tadi tu bulatan persahabatan yang kecik.
Haaa, ni nalaaa punya besaq.
Gaya macam round about sikit.
Ini semua roommate aku merangkap kawan baik, kawan sebantal, sekatil, seselimut aku ni haaa :)

Woiihhh, penat dah taip banyak-banyak.
Perjalanan pengajian tak terhenti dekat sini.
Banyak lagi aku nak cerita, tu tak masuk bab suka sembang topik kawen, skandal-skandal kat ump ni, peristiwa manis, tawar, masin, pahit semua.
Tunggu kemunculan Bahagian Dua pulak.

Dah lewat dah ni. Bye :)

Thursday 16 May 2013

I love argument, I love debate.

Assalamualaikum and hello everybodyyyy :)

Lama tak tulis blog, idea makin kurang, naik taip pun malas(padahal tweet memanjang).
Okay, ni cerita sal perjalanan debat minggu lepas.
East Coast Debating Cup.
Kali ni pencapaian sangat sangat sangat teruk okay.
Tak seperti apa yang dijangkakan, tak seperti apa yang diangankan.
Takpa, mungkin Allah lebih tau apa yang terbaik :)
Mungkin rezeki takda lagi, muda lagi, in shaa Allah ada masa nanti, rezeki milik kita.
Gittew!

Okay malas nak tulis. Ni gambar!

Ini kawan seBATCH  dengan aku merangkap kawan baik, WuDaniel.

Bakal Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Nak membela nasib wanita. Eh?

Gemuknya wehhhh aku dari sisi -.-




Ini teammates :)

Dengan adik-adik SIC yang awesome! 
Mungkin perjuangan lain kali, akan berusaha lebih.
Takkan nak berada di takuk yang sama kan?

Tahniah team abg mirul, kak aida, daniel, abg ker sebab johan :)
Proud of you guys.


p/s : Thanks kawan yang datang tengok final debat kite. Hihihi.