Wednesday 19 June 2013

Sayonara UMP.

Dua tahun 19 hari.
Tamat sesi pengajian diploma kat ump,
Lepas ni nak kena hadapi dunia luar, internship.
Ni aku coret khas buat kalian,



Buat sahabat diploma kejuruteraan kimia 2011/12 UMP,
Ingat, walaupun kita tak berpisah jasad, hati, jiwa kita tak pernah terpisah.
Kalaupun kita punya lain cita-cita, bila dah berjaya, jangan lupa kongsi bersama.
Dua tahun tu walaupun nampak macam singkat, tapi macam2 kenangan kita coret bersama-sama
Suka dan duka
Adakala kita bergaduh, biasa la tuh, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita yang reramai ni.
Mula-mula aku ingat kalian ni sombong-sombong, sebab tu aku just kawan dengan sesetengah orang ja,
Bila dah dekat akhir-akhir semester, baru aku start rapat dengan semua
Korang memang awesome.
Korang kawan yang ada masa boleh bergurau senda, ada masa study bagai nak gila.
Bukan mudah nak jihad dalam menuntut ilmu, pelbagai cabaran, liku-liku dugaan.
Tapi kita semua berjaya harungi dalam tempoh dua tahun ni.

Ingat,
Walaupun kita berbeza negeri, latar belakang,
kalau mai alor star tu, Hoi hoi la aku, inshaaAllah boleh lepak sesama.
Yang lain pun.
Kalau ada yang nak kawen ke apa ke, jangan lupa jemput.
Yang pasti, bila dah masing-masing berjaya, jangan pernah lupa yang kita pernah di bawah bumbung yang sama,
Belajar dari pendidik di institusi yang sama.

Aku sentiasa doakan kejayaan kalian.
Semoga kita semua berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi.
Andai ada aku terlebih dalam berceloteh, terover dalam bergurau, terhutang mana-mana orang,
Mohon halalkan semua, maafkan segalanya.

Kita chemical engineering student kottt, AWESOME! :)
Gonna miss this ukhwah so much.
Percayalah, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Kenapa ada perpisahan?
Sebab perpisahan ni lah sebenarnya yang menguatkan lagi rasa cinta dan rindu sesama kita. InshaaALLAH.

Sayonara UMP :'(


Ini roommates, coursemates, batchmates and soulmates. Hahah.
Kemana-mana berlima. Macam kembar lain bapak.
Bye semua.
Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment