Wednesday 12 June 2013

Lakaran kehidupan

Assalamualaikum.
Fuuhh fuhhh, sebelum nak baca entri kali ni,
MOHON TARIK NASFAS DALAM-DALAM.
Hihihi, bukan apa pun, lama guwa tak berpuitis macam ni,
Takut hampa semua muntah hijau je. :)



Guwa kekonon insan yang berlagak kental, tapi hati sebenarnya lembut gila baq hang.
Guwa insan yang sering terkandas dalam lubuk perasaan yang guwa sendiri tak pasti mana terselit keindahnya.
Allah bagi kita jiwa, hati dan perasaan,
Allah nak uji jiwa kita, nak uji kekentalkan hati kita,
Tak cukup Allah bagi hati kat kita sensorang, Allah utuskan juga orang yang mempunyai hati dan perasaan nih untuk berdamping dengan kita,
Semua tu sebab Allah nak uji kelemahan dan kekuatan hati kita,
Tatkala kita rasa hati kita sudah kental melawan arus fitrah yang sedia ada,
Sebenarnya kita pun tenggelam dengan kancah perasaan yang kita sendiri tak pasti mana pucuk pangkalnya,
Semua ini adalah suratan yang kita pilih dan takdir Allah,
Belajar kenal erti redha!


Kerana Allah takdirkan bukan untuk kita mengenal semata-mata,
Tapi untuk kita lakarkan dalam kamus jiwa kita,
Lakaran sepanjang perkenalan kita,
Coret ilmu yang pernah ditaburkan, dikongsi, dididik bersama,
Lakaran ini ibarat pelangi yang mempunyai 7 warna,


Kerana sifat pelangi ini mempunyai warna yang berbeza-beza,
Begitu juga dengan kehadiran peneman jiwa yang mempunya rasa dan warna yang berbeza,
Tetapi anak muda,
Bila kita terlalu bermain soal jiwa, kita tertinggal satu fasa yang dibiarkan sepi tanpa suara,
Restu Allah, serta ibu bapa,
Sebabnya,
Kita manusia biasa, yang lemah serba serbinya
Kita manusia biasa yang acapakali terlupa pelbagai perkara ketika bahagia
Kita manusia biasa yang masih dahagakan ilmu, nasihat, dan didikan.

Buat sahabat,
Nasihatlah aku,
Walaupun kekadang aku persis buat tak endah, tapi disudut hati, semua aku pandang dengan pandangan yang membimbing,
Inilah kelemahan agung manusia, EGO.
Aku tak mahu menjadi manusia yang mudah jatuh
Jatuh dalam kancah masalah yang tak tahu mana jalan penyelesaian
Jatuh dalam gelombang arus jiwa perasaan yang berombak

HATI
Kadang-kadang kau penawar,
Tapi kau juga kadang-kadang boleh jadi racun.

Lakaran kehidupan
Adatlah, setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Kalau kita berani mengambil risiko mengenali seseorang,
Berani jugaklah jiwa kental ni untuk berpisah dengan seseorang.
Semua orang benci perpisahan,
Tapi itu hakikat yang harus kita terima.
Perpisahan tu ada. -_-

Sekian. :)

p/s : Terkenangkan zaman masuk UMP mula-mula dulu, selamat berpisah GENG! :(

No comments:

Post a Comment